BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

++ Tuan Rumah Chikonk ++

++ Tuan Rumah Chikonk ++

Boidata Diriku .....

Nama penuh Muhd Ridzwan Bin Abu . Dilahirkan pada 19/01/1996 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur pada pukul 10.14 minit pagi hari jumaat . Dibesarkan di sebuah rumah flat yang terletak di Gombak selama 10 tahun . Kemudian berpindah ke sini (Dengkil) . Pendidikan pertama di Tadika Kemas Gombak pada tahun 2001 dan 2002 . Mula melangkah ke alam sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas pada tahun 2003 sehnggalah tahun 2006. Kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Dengkil pada tahun awal tahun 2007 dan memegang jawatan selaku ketua pengawas pada tahun berikutnya . Kini belajar di SMK Dengkil . Tujuan blog ini dibuka adalah untuk memudahkan orang ramai mengenali saya dengan lebih dekat lagi khas nya untuk rakan2 saya di sekolah ..Sekian Wassalam~~

Khamis, 21 Januari 2010

Peristiwa 19 / 01 / 2010 ( Selasa )


Yang merah tu yang buat aku tertanya dan menyakitkan ati skit ...
1 . ABU = X leh ke wat pisang EMAS ...
2 . Taliban = ape kene mengane ngan aku farisha ???
3 . SAKAI = Abis ko tu elok sangat ker ??
4 . Selalu Menengking = Wei , aku selalu menengking atau ko nak kene tempeleng ??
5 . Tak de Yang Baik Belaka = Pernah ke aku buat pape kat ko sampai ko nak kata aku x baek ??
6 . Koma kalau aku dipuji = Aik , tadi kata x buat baik ... Cam ne nak dipuji ??? PKIR AR !
7 . .... budak p0npuan , korang ni x de taste ker ? = Abis tu ko ade taste sangat ker wei ??
P/S : tapi nasib baik kawa ko mintak maaf tau ... Aku ngan kawan2 aku laen la wei ..

nak zoom >?


bahagian depan kad hari jad ni ...



Pukul 10 : 14 pagi karang tepat lah hari yang keempat hari jadi aku DAH BERLALU .. hari ni dah hari jumaat ... Nampak nya hari selasa dihujani oleh ucapan2 happy besday ... Sape sangka ? ... Dah umur 14 tahun pun masih ade yang nak nyanyi lagu happy besday untuk aku ... SAPE ? ... Secret ! .. Tapi taun ni paling pelik ... X de hadiah ??? .... Walau sebungkus gula2 5 sen p0n aku x dapat .. X aci !!! ........ Yang aku dapat hanya sekeping kad hari jadi daripada 5 orang geng yang selalu buat hal ... P0mpuan ? ... Ye memang p0mpuan ... Surat tu first time aku baca memang tiada unsur hari jadi .. Kad tu menunjukkan personality aku .. KUTUK ? ... memang dorang kutuk aku p0n ... Nak baca ? ... jap agi ... Hari selasa gak aku di panggil Besday Boy ??? sebab cHA ... BAHAGIAN DEPAN KAD isi kandungan ....

Jumaat, 15 Januari 2010

Hhhmm .. Ape aku nak tulis ???

Ok ! .. Hari ni buat pertama kalinya sejak 4/01/2010 aku melawat blog sendiri .. X rindu p0n ... Just rasa pelik .. adegak yang melawat blog gua ni .. hehehe ...

Jumaat, 25 Disember 2009

" Lama dah tak buat post baru ... " - Ewan

Hmm .. ari ni buat sekian lama x edit ewanzmendung ni ... sebab selama ni aku hanya edit blog PlanetChikonk tu je .... But anyway ade gak singgah blog aku yang terbaik ni .. Huhuhu .. k .. nak out .. bye ..

Rabu, 9 Disember 2009

Perlawanan Futsal Kedua ( S.DREGGING VS TAMAN ARKED)

Klau semalam pasukan Taman Arked telah tewas 10-7 sebab perlawanan tidak adil , hari ni pasukan TamanArked menyusun strategi dengan mengenakan peraturan baru dengan hanya 7 pemain boleh beraksi untuk setiap pasukan . Seperti biasa aku , abang aku dan adik aku serta ahli pasukan lain berkumpul pada pukul 7 : 45 pagi .
Pada awal permainan jelas penguasaan TamanArked pada awal2 10 minit pertama apabila lebih banyak menyerang . Namun ketandusan penyerang menyebabkan gagal mendapatkan gol yang dicari . Walaupun menguasai , S.Dregging berjaya dahului 3-0 pada awal permainan sebelum menutup game pertama dengan 5-2 .
Game kedua menyaksikan TamanArked semakin lemah apabila seorang pemain mengalami kesakitan pada jari kaki . Dengan mudah pasukan S.Dregging menbantai 4-0 pasukan TamanArked . Tetapi dengan usaha untuk menang , pasukan TamanArked berjaya mengikat Tuan Rumah 4-4 selepas serangan bertali arus membuahkan hasil . Namun , nasib tidak memihak kepada TamanArked untuk melanjutkan perlawanan ke Game Ketiga apabila S.D menjaringkan gol kelima . Keputusan akhir 10-7 ...

Selasa, 8 Disember 2009

Perlawanan Futsal SelangorDregging VS TamanArked

Seperti yang telah dijanjikan , satu perlawanan telah set pada pagi ini untuk menemukan musuh setempat SELANGOR DREGGING . Seawal pukul 8 pagi , pasukan taman Arked telah berkumpul di rumah aku yang diwakili oleh 6 orang sahaja . Lalu bertolak ke Futsal Kampung dengan semangat . Pada awal perlawanan memperlihatkan penguasaan Taman Arked apabila mudah mendahului 3-0 sebelum menamatkan separuh masa dengan keputusan 5-1 berpihak kepada pasukan Taman Arked . Pada separuh masa kedua , melihatkan perlawanan berat sebelah apabila pasukan Selangor Dregging menggunakan kesempatan mempunyai 5 - 10 pemain simpanan untuk dimasukkan . Tambahan pula pasukan Taman Arked yang dilihat semakin penat semakin mengundurkan diri dan akibat itu , Selangor Dregging telah berjaya mengikat 7-7 sebelum menamatkan perlawanan dengan 10-7 memihak kepada SELANGOR DREGGING ...

Rabu, 2 Disember 2009

Pegi alamanda buat kali ke 3 berturut-turut dalam 2 minggu ++


Semalam aku gi la Alamanda Putrajaya untuk menghabiskan musim cuti dengan berjalan . Pegi pukul 11.30 pagi dengan para2 sibling yang laen . X terlalu borink , tapi borink gak ar .... Tapi time aku tengok wayang memang best citer PLANET CHIKONK ..eh silap pulak , PLANET 51 .... Sory2 ... Balik pkul 4 ... hehehe .. Senang kan aku cerita ? .. Tu la aku !!

Ahad, 29 November 2009

Permulaan sebuah cerita ~~ :)

Hmmm .. Malam tadi aku dah start untuk menulis sebuah cerita aksi .. Mesti korang x caya ... Tapi itulah realiti , aku mampu jugak buat sebuah cerita novel yang bertajuk Langit Eksosfera Planet Chikonk EwanzMendung . Sebenarnya cerita ni diterbitkan kat Internet sebab korang selalu tanya asal tajuk blog aku macam tuh ? .. Aku penat pikir ..last2 aku wat cerita tentang wira BUMI ...Korang boleh la masuk ke blog yang telah aku sediakan untuk korang bace Asal-usul nama planet ni dan pengembaraan cerita ni sebenarnya . Cerita ni memang best tapi belum abih .. Maybe sebelum start sekolah dah siap 12 BAB insyallah . Blog nyer ade kat atas tuh aku letak link nyer tapi x nampak ..Tajuk ade kan ? .. Ko letak mouse dalam tu ..Then Nampak tulisan merah tu la dyer .. http://planetchikonk.blogspot.com/ Korang jangan ingat aku copy cerita tuh .. XX

Chikonk Membara ~~

Diriku bukan Dirimu ....