BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

++ Tuan Rumah Chikonk ++

++ Tuan Rumah Chikonk ++

Boidata Diriku .....

Nama penuh Muhd Ridzwan Bin Abu . Dilahirkan pada 19/01/1996 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur pada pukul 10.14 minit pagi hari jumaat . Dibesarkan di sebuah rumah flat yang terletak di Gombak selama 10 tahun . Kemudian berpindah ke sini (Dengkil) . Pendidikan pertama di Tadika Kemas Gombak pada tahun 2001 dan 2002 . Mula melangkah ke alam sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sungai Kertas pada tahun 2003 sehnggalah tahun 2006. Kemudian berpindah ke Sekolah Kebangsaan Dengkil pada tahun awal tahun 2007 dan memegang jawatan selaku ketua pengawas pada tahun berikutnya . Kini belajar di SMK Dengkil . Tujuan blog ini dibuka adalah untuk memudahkan orang ramai mengenali saya dengan lebih dekat lagi khas nya untuk rakan2 saya di sekolah ..Sekian Wassalam~~

Jumaat, 25 Disember 2009

" Lama dah tak buat post baru ... " - Ewan

Hmm .. ari ni buat sekian lama x edit ewanzmendung ni ... sebab selama ni aku hanya edit blog PlanetChikonk tu je .... But anyway ade gak singgah blog aku yang terbaik ni .. Huhuhu .. k .. nak out .. bye ..

Rabu, 9 Disember 2009

Perlawanan Futsal Kedua ( S.DREGGING VS TAMAN ARKED)

Klau semalam pasukan Taman Arked telah tewas 10-7 sebab perlawanan tidak adil , hari ni pasukan TamanArked menyusun strategi dengan mengenakan peraturan baru dengan hanya 7 pemain boleh beraksi untuk setiap pasukan . Seperti biasa aku , abang aku dan adik aku serta ahli pasukan lain berkumpul pada pukul 7 : 45 pagi .
Pada awal permainan jelas penguasaan TamanArked pada awal2 10 minit pertama apabila lebih banyak menyerang . Namun ketandusan penyerang menyebabkan gagal mendapatkan gol yang dicari . Walaupun menguasai , S.Dregging berjaya dahului 3-0 pada awal permainan sebelum menutup game pertama dengan 5-2 .
Game kedua menyaksikan TamanArked semakin lemah apabila seorang pemain mengalami kesakitan pada jari kaki . Dengan mudah pasukan S.Dregging menbantai 4-0 pasukan TamanArked . Tetapi dengan usaha untuk menang , pasukan TamanArked berjaya mengikat Tuan Rumah 4-4 selepas serangan bertali arus membuahkan hasil . Namun , nasib tidak memihak kepada TamanArked untuk melanjutkan perlawanan ke Game Ketiga apabila S.D menjaringkan gol kelima . Keputusan akhir 10-7 ...

Selasa, 8 Disember 2009

Perlawanan Futsal SelangorDregging VS TamanArked

Seperti yang telah dijanjikan , satu perlawanan telah set pada pagi ini untuk menemukan musuh setempat SELANGOR DREGGING . Seawal pukul 8 pagi , pasukan taman Arked telah berkumpul di rumah aku yang diwakili oleh 6 orang sahaja . Lalu bertolak ke Futsal Kampung dengan semangat . Pada awal perlawanan memperlihatkan penguasaan Taman Arked apabila mudah mendahului 3-0 sebelum menamatkan separuh masa dengan keputusan 5-1 berpihak kepada pasukan Taman Arked . Pada separuh masa kedua , melihatkan perlawanan berat sebelah apabila pasukan Selangor Dregging menggunakan kesempatan mempunyai 5 - 10 pemain simpanan untuk dimasukkan . Tambahan pula pasukan Taman Arked yang dilihat semakin penat semakin mengundurkan diri dan akibat itu , Selangor Dregging telah berjaya mengikat 7-7 sebelum menamatkan perlawanan dengan 10-7 memihak kepada SELANGOR DREGGING ...

Rabu, 2 Disember 2009

Pegi alamanda buat kali ke 3 berturut-turut dalam 2 minggu ++


Semalam aku gi la Alamanda Putrajaya untuk menghabiskan musim cuti dengan berjalan . Pegi pukul 11.30 pagi dengan para2 sibling yang laen . X terlalu borink , tapi borink gak ar .... Tapi time aku tengok wayang memang best citer PLANET CHIKONK ..eh silap pulak , PLANET 51 .... Sory2 ... Balik pkul 4 ... hehehe .. Senang kan aku cerita ? .. Tu la aku !!

Chikonk Membara ~~

Diriku bukan Dirimu ....